SIMPOSIUM PERNIAGAAN MAYA

Simposium Perniagaan Maya merupakan satu platform yang diwujudkan untuk menggabungkan  usahawan online dan usahawan offline di dalam satu wadah. Dua bentuk usahawan perlu ditemukan agar dapat melahirkan satu sinergi dalam ikatan ukhuwah perniagaan sesama mereka. Malah keduanya saling membantu dan saling memerlukan agar perniagaan mereka dapat dikembangkan.



OBJEKTIF
Simposium Perniagaan Maya bakal menjadi pemangkin dalam mencapai objektif berikut :
  1. Usahawan Offline mampu mengurangkan kos operasi, kos pemasaran dan kos pengiklanan dengan mengadaptasikan sistem Online dalam bisnes
  2. Usahawan Offline mampu menggapai pasaran sasaran produk mereka lebih tepat mengikut permintaan dan demografi dengan menggunakan internet
  3. Usahawan Online berpeluang membina kredebiliti dan menzahirkan kewujudan bisnes alam maya ke dunia bisnes realiti
  4. Menggabungkan kelebihan ilmu perniagaan  Online dan Offline untuk kesinambungan perniagaan usahawan untuk jangkapanjang
  5. Melahirkan lebih banyak peluang kerjasama antara usahawan dengan pemilik perniagaan dan mencipta lebih banyak peluang bisnes dan membuka ruang pekerjaan untuk rakyat Malaysia secara amnya. 
INTIPATI SIMPOSIUM
Dari realiti bisnes dizahirkan melalui rangkaian jaringan internet dengan ilustrasi serta dimensi perniagaan maya. Itulah yang cuba diadaptasikan dan dizahirkan oleh Maya Link Solution.

Dengan lain maksudnya, bisnes offline dizahirkan di dimensi maya melalui jaringan internet dan penggunaan teknologi maklumat dalam melebarkan bisnes mereka. Bagaimana dengan usaha Maya Link dapat mengaturcara penjanaan minda ke arah pembentukan satu resolusi,satu destinasi untuk membina perpaduan ummah dan ukhuwah melalui bidang perniagaan masing masing samada usahawan online mahupun usahawan offline.

Resolusi penyatuan ini dizahirkan melalui pembentukan persefahaman, permuafakatan demi memberi satu dimensi atau perspektif baru dalam dunia perniagaan internet dan luar internet.

Dengan proses penyatuan ini akan menghasilkan

---------- > SATU WAKTU
---------- > SATU LOKASI
---------- > SATU IMPIAN
---------- > SATU DESTINASI
---------- > SATU IKATAN
---------- > SATU WADAH

Ke arah menjadikan bidang perniagaan sebagai satu cabang ilmu dan pendapatan untuk pengguna internet (online) dan masyarakat