Monday, March 31, 2014

Dengan Modal RM300, apa yang saya dapat. Bagaimana dengan Pulangan Pelaburan (ROI) saya. Satu persoalan yang bermain dalam minda usahawan, sudah semestinya. Harapan usahawan adalah dengan modal RM300,sekurang kurangnya jualan mesti dapat tampung modal. Kalau melebih dari itu, tersenyumlah dengan jumlah jualan dan keuntungan yang diraih.

Jika memikirkan ROI, banyak faktor yang perlu difikirkan samada ianya secara langsung atau tidak langsung, yang boleh dikawal atau yang tidak boleh dikawal. Simposium Perniagaan Maya, bukan sekadar cuba membantu usahawan mendapatkan jualan melalui jualan karnival dimana Simposium berusaha menarik seramai yang boleh prospek atau pengunjung ke Simposium tersebut malah intipati Simposium itu sendiri diisi dengan keilmuan bisnes dan pemasaran.

Selama ini usahawan sekadar berada di booth melakukan jualan, usahawan itu sendiri berpeluang mempelajari ilmu ilmu baru seperti

Membina Bisnes atau meluas bisnes sedia ada dengan menggunakan internet
Strategi Pemasaran dan teknik pemasaran
Mencari produk produk baru yang boleh digabungkan
Sessi berkenalan dengan usahawan lain
Teknik bagaimana mendapatkan agen

dan lain lain lagi yang akan dipelajari secara hands on. Anda belajar dan anda praktiskan. Ilmu dan pengalaman ini, anda sudah boleh bawa pulang dan amalkan.

Dengan nilai RM300 anda berpeluang menerokai ilmu dan peluang yang ada. Cuma anda hendak ataupun tak. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada kehendak usahawan itu sendiri samada mereka ingin berkongsi sepenuhnya atau ada sedikit pelaburan yang dikenakan.


Thursday, March 27, 2014

Di dalam pemasaran, terdapat pelbagai teknik atau kempen dalam mempromosi produk atau servis anda. Di Simposium Perniagaan Maya, anda boleh mengeluarkan idea idea kreatif dalam mempromosi produk anda. Inilah peluang anda sebagai usahawan dalam memberi hebahan yang terbaik tentang bisnes anda.

Terdapat pentas yang akan memberi peluang anda untuk memperaga kehebatan produk atau servis anda. Kami cuba sebaik mungkin memberi peluang kepada anda untuk membuktikan kewujudan bisnes maya mahupun bisnes offline anda dipentas dengan bersaksikan pengunjung yang datang. Bila lagi hendak membuktikannya.

Sampai bila anda mempromosi produk secara biasa biasa. Beranikan diri untuk menunjukkan kepada pengunjung mahupun rakan niaga anda betapa hebatnya anda di pentas. Ada banyak lagi teknik yang boleh digunakan. Cuma perlu lebih kreatif dan berani berubah.

Wednesday, March 26, 2014

Simposium Perniagaan Maya, merupakan satu medium yang mempertemukan Usahawan Online dan Usahawan Offline. Dengan pertemuan tersebut akan melahirkan satu ikatan ukhuwah dalam menzahirkan peluang baru mahupun melebarkan jaringan pemasaran.

Selama ini usahawan online dan usahawan offline berada di dalam dimensi tersendiri dan kurang berinteraksi disebabkan berada di dalam paksi yang berbeza. Perlu ada satu medium atau platform yang dapat mempertemukan kedua usahawan ini.

Zahirnya Simposium ini bakal mencerna idea baru dikalangan usahawan itu sendiri. Potensi itu tetap ada tetapi bagaimana ianya tercetus bergantung kepada hubungan dan jaringan usahawan itu sendiri. Tanpa ada salam perkenalan dan tanpa inisiatif dari usahawan itu sendiri, ia kekal rahsia.

Ini yang cuba diketengahkan di dalam Simposium Perniagaan Maya itu sendiri. Simposium diwujudkan hanya sebagai platform atau medium pertemuan dikalangan usahawan online dan usahawan offline. Selain mewujudkan penjualan dikalangan usahawan itu sendiri, prospek dikalangan usahawan dan pembeli akan meninjau dan mencari peluang yang dapat memberi keberuntungan kepada semua pihak.

Sunday, March 23, 2014

Sebagai usahawan offline yang banyak menggunakan kaedah biasa dalam melariskan jualan, inilah peluang untuk mempelajari teknik dan strategi dalam melebarkan bisnes sedia ada. Selain menjual secara biasa di karnival, gerai gerai atau mempunyai kedai, usahawan offline sebaik baiknya mula merisik teknik dalam meningkatkan jualan.

Jika usahawan online jarang berkongsi kepakaran, anda sebagai usahawan offline seelok eloknya mempunyai inisiatif untuk mendapatkan kepakaran tersebut. Anda boleh melantik mereka atau mempelajari dengan usahawan online.

Inilah peluang anda sebagai usahawan offline yang berada di Simposium Perniagaan Maya, untuk mula bergerak, berkenalan dan mempelajari selok belok teknik serta teknologi yang digunakan oleh usahawan online.

Sampai bila lagi hendak menunggu atau sampai bila hendak berada ditakuk lama. Tidak rugi untuk anda mempelajari teknik terkini. Hebahkan kesedapan produk anda  dan kepakaran anda dalam bisnes anda di dunia maya.

Saturday, March 22, 2014

Betul ke Simposium Perniagaan Maya memberi perspektif baru kepada dunia usahawan. Apakah perspektif yang usahawan nampak atau apakah kelainannya yang mungkin usahawan tidak nampak.

Simposium diwujudkan untuk mewujudkan ikatan persefahaman dan ukhuwah dikalangan usahawan online dan usahawan offline. Kedua dua usahawan yang berada di dimensi masing masing sebaik baiknya dihubungkan melalui satu platform. Saling mengenali dan saling menzahirkan kepakaran masing masing. Dengan ini akan mewujudkan satu sinergi dan memberi satu impak dalam dunia bisnes masing masing. Ianya seolah olah berada dan berbincang dalam mesyuarat meja bulat.

Melalui persefahaman ini akan memberi satu nafas baru dalam memahami bisnes dan bagaimana keilmuan tersebut dapat mengembangkan lagi dunia bisnes yang mereka ceburi. Malah ini akan menambahkan lagi hubungan ukhuwah dan memberi satu pandangan yang berbeza kepada usahawan itu sendiri sekiranya mereka benar benar memahami konsep sebenar Simposium ini diwujudkan.


Thursday, March 20, 2014

Bagaimana usahawan online dapat membantu usahawan offline memasarkan produk. Dengan hubungan ukhuwah, usahawan online mampu memberi tunjuk ajar kepada usahawan offline dalam memasarkan produk usahawan offline.

Dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan melalui kementerian tertentu memberi nafas baru kepada usahawan offline terutamanya kepada usahawan luar bandar yang dahagakan ilmu pemasaran terkini. Nak belajar sendiri tak mampu mungkin disebabkan berbagai masalah.

Maka dengan adanya tunjuk ajar secara praktikal mungkin dapat memberi usahawan peluang untuk mendekatkan diri dalam dunia maya. Fikir fikirkanlah usahawan Online. Kepakaran anda mungkin amat amat diperlukan. Tidak perlu lagi berselindung disebalik maya yang hanya usahawan tertentu sahaja yang melihat kepakaran anda.

Bisnes yang bagaimana yang sesuai melibatkan diri dalam Simposium Perniagaan Maya ini. Sebenarnya, semua bisnes yang ada layak untuk melibatkan diri dalam Simposium tersebut.

Pelbagai kategori dikenalpasti samada usahawan Online mahupun usahawan Offline. Apa yang penting adalah bagaimana Simposium ini dapat membantu usahawan menaiktaraf bisnes masing masing melalui ikatan yang terjalin dikalangan usahawan.

Selain dari meningkatkan jualan produk sebaik baiknya difikirkan apakah kelebihan disebalik Simposium. Apakah yang membezakan Simposium ini dengan lain lain karnival yang ada. Kalau setakat duduk dan menjual di dalam kawasan booth, ia tidak memberi sebarang kelebihan. Apa yang kami cuba ketengahkan adalah terdapat pelbagai kelebihan dikalangan usahawan itu sendiri dan bagaimana usahawan tersebut mengambil peluang disitu.

Saling berkenalanlah sesama usahawan yang mempunyai kepakaran masing masing, samada usahawan online dan usahawan offline. Bagaimana dengan hubungan ukhuwah ini akan mencetuskan fenomena dalam dunia bisnes anda. Mungkinkah bisnes anda akan berubah dalam dimensi lain. Menerjah bisnes offline anda ke dunia maya atau bisnes maya anda ke dunia realiti bisnes.




Wednesday, March 19, 2014

Apakah kebaikan yang diperolehi dari Simposium ini kelak ?

Setiap aktiviti yang dilakukan seharusnya memberi kebaikan kepada usahawan, tidak kira samada ianya usahawan online mahupun usahawan offline. Selain dari menghasilkan jualan sudah semestinya setiap usahawan sebaik baiknya berkenalan untuk mendapatkan pelbagai maklumat mahupun keberuntungan hasil dari perkenalan tersebut.

Dari situ bakal mencetuskan satu ikatan ukhuwah dan boleh melahirkan idea dalam meluaskan bisnes masing masing. Antara kebaikan yang diperolehi ialah :

Usahawan Offline dapat mengurangkan kos operasi, kos pemasaran dan kos pengiklanan dengan mengadaptasikan sistem Online di dalam bisnes mereka. Bagaimana tu. Disinilah tujuan pertemuan antara Usahawan Online yang dapat memberi kepakaran masing masing. Maka Usahawan Offline, tidaklah tercari cari dimana hendak mencari dan bagaimana hendak mengurangkan kos.

Malah dengan kepakaran Usahawan Online dapat memberi panduan bagaimana hendak mensasarkan pasaran kepada pelanggan tertentu. Disinilah pentingnya usahawan Offline pelajari dari pengalaman usahawan Online

Usahawan Online dapat membina kredibiliti dan menzahirkan kewujudan mereka di pentas bisnes sebenar dengan saling berkenalan dengan Usahawan Offline. Dengan cara ini, usahawan Offline dapat berkenalan dengan Usahawan Online. Disamping itu, Usahawan Online boleh juga mempelajari dari pengalaman usahawan Offline.

Inilah intipati Simposium Perniagaan Maya diwujudkan.
Simposium Perniagaan Maya (SPM) merupakan satu simposium yang diwujudkan bertujuan untuk menggabungkan Usahawan Online dan Usahawan Offline di dalam satu platform. Selama ini, kebanyakan karnival atau "event" banyak dihadiri oleh usahawan offline yang menjual pelbagai produk mengikut kepakaran masing masing. Jarang sekali Usahawan Online menghadiri karnival seperti ini. Objektif yang ingin dicapai dalam karnival seperti ini hanya sekadar melariskan jualan atau mendapatkan usahawan baru dikalangan mereka sahaja.

Simposium ini diwujudkan bertujuan lebih dari itu, bukan hanya sekadar melariskan jualan tetapi mengwujudkan ikatan ukhuwah diantara kedua jenis Usahawan ini malah boleh bertukar tukar pandangan serta kepakaran.

Dimana dengan ikatan tersebut akan melahirkan satu sinergi dalam dunia perniagaan dikalangan mereka. Malah kedua dua akan saling memahami dan saling memerlukan dengan tujuan untuk melebarkan saiz pasaran perniagaan masing masing.

Kedua dua usahawan perlu berkenalan dan menjalinkan hubungan kerjasama. Dengan kerjasama tersebut akan melahirkan satu peluang perniagaan lain malah mampu mewujudkan peluang pekerjaan.